Follow Dashboard
TITLE; Saya dan awak . . .
Jumaat, 4 Mei 2012 | 12:53 PTG | 2 comments

Di petang yang sunyi , saya yang sedang beradu kasih bersama dengan kekasih hati saya sambil menghirup udara segar. Hati kami berdebar-debar untuk memulakan detik-detik bicara cinta kami. Dengan perasaan sayang dan cinta nya , saya memulakan bicara dalam perhitungan percintaan kami itu.

Saya bertanya kepada si dia tentang CINTA dan HARAPAN. Pada mula nya , saya berkata ingin menjadi bunga terindah di dunia dan awak ingin menjadi matahari. Saya lansung tak memahaminya, kenapa awak ingin menjadi matahari, bukan kupu-kupu atau kumbang yang terus menemani si bunga.

Sekali lagi saya berkata ingin menjadi rembulan tetapi awak tetap ingin menjadi matahari. Saya semakin bingung kerana matahari dan bulan takkan boleh bertemu , tetapi awak tetap ingin menjadi matahari. Saya berkata ingin burung yang mampu terbang ke langit jauh di atas matahari. Awak berkata bahawa awak akan selalu menjadi matahari.

Saya tersenyum pahit dan kecewa. Saya sudah 3 kali menduga awak namun awak tetap keras kepala , ingin menjadi matahari tanpa mahu ikut berubah bersama saya. Maka saya pun membuat muka ala-ala sedih macam tu. Saya taknak pandang awak lansung. Saya terus diam. Saya berpaling pandang ke arah lain. Awak dengan wajah selamber memandang saya kerana perasan akan perubahan wajah saya. Lalu awak pandang saya , senyum manis diwajah awak terukir.

Dengan senyuman manis awak ,awak memandang wajah saya yang sedih bercampur kecewa digaul dengan rasa kesal dengan sikap awak itu. Sambil itu awak mendekati saya , awak bisikkan ditelinga saya sambil awak menggenggam tangan saya. Saat awak menjadi bunga , dan saya ingin menjadi matahari agar bunga dapat terus hidup. Matahari akan memberikan semua sinarannya kepada bunga agar ia tumbuh , berkembang dan terus hidup sebagai bunga yang sangat cantik. Walaupun matahari tahu ia hanya dapat memandang , memberi tanpa syarat , tanpa mengharapkan imbuhan dan balasan.

Dengan perasaan yang indah dan sayang nya awak pada saya , awak mengucup tangan saya dan berbisik lagi tetapi kali ini awak menolak lembut wajah saya untuk menatap mata awak yang sayu yang penuh dengan rasa cinta , awa berkata lagi , saat awak menjadi bunga , saya tetap ingin menjadi matahari agar bulan dapat terus bersinar indah dan dikagumi. Cahaya bulan yang indah hanyalah pantulan cahaya matahari , tetapi saat makhluk mengagumi bulan siapakah yang ingat aakan matahari? Matahari rela memberikan cahayanya untuk bulan walaupun ia sendiri tidak berupaya menikmati cahaya bulan , dilupakan jasanya dan kehilangan kemuliaannya sebagai pemberi cahaya agar bulan mendapatkan kemuliaan tersebut.

Ini dinamakan pengorbanan , sayang. Walaupun menyakitkan namun sangat layak untuk cinta. Awak mendekatkan tubuh awak dekat dengan saya,sambil tu awak mengucup dahi saya,awak katakan lagi dengan lunak suara awak yang mendayu. Sambil tangan awak menyapu air mata di wajah saya. Awak menyapu nya lembut lansung berkata , akhir sekali jika awak menjadi burung yang dapat terbang tinggi jauh ke langit , bahkan di atas matahari , saya tetap ingin selalu menjadi matahari agar burung tetap bebas untuk pergi pada bila-bila masa pun yang ia mahu dan matahari tidak akan mencegahnya. Matahari rela melepaskan burung untuk pergi jauh , namun matahari akan selalu menyimpan CINTA yang membara didalam hati nya hanya untuk si burung.

Matahari selalu ada untuk burung bila -bila masa pun ia mahu kembali walau burung tidak selalu ada untuk matahari. Tidak akan ada makhluk lain selain burung yang berupaya masuk ke dalam matahari dan mendapatkan cintanya. Ini disebut sebagai kesetiaan , walaupun ditinggal pergi dan dikhianati namun tetap menanti dan tegar untuk memaafkan. Saya tidak pernah menyesal menjadi matahari untuk wanita yang saya cintai . . . .

Awak tersenyum setelah menghabiskan kata-kata awak itu. Saya dengan lemah memandang wajah awak. Menatap tepat pada sudut mata awak. Saya menggenggam tangan awak , saya terharu lalu menitiskan air mata ketika itu. Saya mengusap lembut pipi awak,saya usap mata awak , saya usap bibir awak yang lembut tu , yang bijak berkata dan menyimpan segala rasa cinta pada saya.

Saya meletakkan tangan saya pada dada awak,dan awak menyentuh lembut tangan saya. Awak menarik tubuh saya , lalu memeluk saya dengan rasa cinta dan sayang terhadap saya. Awak mengusap lembut kepala saya , dan membisikkan sesuatu di telinga saya. Lalu awak berkata ,

" Sayang , apa jua yang mendatang sama ada dugaan , cubaan , rintangan dalam perhubungan cinta kita ini , akan saya tetap bersama dengan awak. Akan saya lunaskan janji saya untuk menjaga awak. Mencintai awak , menyayangi awak dan memberi sinaran cahaya matahari didalam hidup awak. Akan saya tunaikan walaupun lambat , mahupun cepat. Saya nak kita bersama sampai akhir hayat. Dan saya taknak kiat cepat berubah hati dan selalu menimbulkan rasa benci antara satu sama lain. Saya akan selalu bersabar dengan apa jua , sama seperti awak , sayang. Saya amat mencintai awak dan amat amat perlukan awak dalam hidup saya. Awak lah wanita yang diturunkan oleh Allah Taala pada saya. Saya akan menjadi penghulu dalam hidup awak,saya tidak akan pernah menjadi pemaksa atau menghalang segala perjalanan hidup awak. Kerna saya akan selalu memerhati kan awak. Saya akan selalu bersama dengan awak walaupun antara kita ada yang pergi untuk selamanya. Saya mencintai awak.
Saya amat mencintai awak "

Saya memeluk ketat tubuh awak sambil menangis dan terharu akan ucapan yang awak lontarkan itu. Saya memeluk awak dengan rasa cinta yang amat kuat. Lalu , saya kuat untuk melontarkan kata-kata cinta terhadap awak untuk membalas segala kata-kata awak itu. Saya pun berkata ,
"Sayang , akan saya jaga hati awak yang mencintai saya sepenuh hati itu. Akan saya mencintai awak , menyayangi awak seperti mana awak mencintai saya meski pun nanti salah satu antara kita akan pergi dahulu , pergi meninggalkan impian itu selamanya. Tetapi sayang , jika di beri peluang , saya mohon agar AWAK MATI DAHULU SEBELUM SAYA , SEBAB SAYA TIDAK MAHU MELIHAT AWAK MENANGIS DI ATAS PEMERGIAN SAYA. Saya sayang dan amat mencintai awak. Dan saya akan selalu bersama dengan awak. Selalu mencurahkan segala kasih dan sayang yang saya miliki untuk awak. Dan saya akan selalu lontarkan ayat-ayat cinta kepada awak , meskipun saya pernah bertanya sebelum ni kepada awak , 'Adakah awak bosan jika saya selalu memberikan kata-kata seperti ILOVEYOU ataupun SAYA SAYANG KAN AWAK?' Awak membalas text saya membuatkan saya tersenyum gembira. Awak menjawab ' Sayang , cinta yang sejati tidak akan membuatkan detik kita bersama itu membosankan. Jika diberi masa saya bersama dengan awak setiap saat akan saya tatap muka awak dan dengar dari mulut awak,memandang bibir awak untuk lontarkan bibit-bibit cinta awak itu pada saya. Saya akan selalu menyayangi awak dan tidak pernah jemu. Awak kena tahu tu' Itu lah kata-kata awak dahulu,awak ingat bukan? Hmmm , sayang , saya mencintai awak. Dan sangat mencintai awak. Dan cinta saya ini bukan cinta biasa untuk awak. Saya akan jaga hati awak , dan awak juga. Saya sayang kan awak dan cinta kan awak,sayang"

Dengan tangisan yang mengalir di wajah saya , awak memeluk saya. Awak peluk dan kucup dahi saya. Awak cium kedua belah pipi saya , kanan kiri. Awak usap lembut pipi saya dan awak kata kan "CINTA KITA TAKKAN BERAKHIR , SAYANG. SAYA AKAN SELALU MENCINTAI AWAK SAMPAI AKHIR HAYAT WALAUPUN KITA DAH BERADA DI ATAS SANA KELAK. INSYAALLAH , BIAR LAH CINTA KITA INI SAMPAI KE AKHIR HAYAT KITA BERDUA"





Kisah saya dan si dia *lap air mata*

ILOVEYOU , AA :)

2 Comment(s)

| New things