Follow Dashboard
TITLE; mungkin *~*
Jumaat, 1 Jun 2012 | 12:04 PG | 0 comments
Assalammualaikum . . . .

Mungkin ini sangat menyeksa kan bagi saya bukan awak. Terasa sangat menyeksa kan bagi saya. Sangat. Saya tak tahu apa yang saya rasa kan sekarang ini. Saya cuba mendalami perasaan saya dalam-dalam. Saya cuba dan terus mencuba mencari apa sebenarnya yang saya alami sekarang. Adakah saya tak cukup baik untuk awak? Saya masih mencuba untuk menjadi yang terbaik untuk awak , tapi seakan pengorbanan saya selama ini tak terbalas. Tak guna. Takde makna. Takde nampak pun awak ambik benda ini serious bagi awak. Apa yang awak nak dari saya? Awak nak apa , awak cakap !!

Mungkin juga ia adalah suatu pengorbanan orang kata. Saya mencuba untuk pendam apa yang saya rasa. Tapi saya manusia awak , saya juga ada perasaan sedih , marah , gembira ataupun kecewa. Saya manusia awak. Awak juga. Jadi , awak tahu apa yang setiap manusia ni alami.
Begitu juga saya dan awak. Saya sabar menunggu setiap masa. Bukan sahaja setiap masa , setiap saat , setiap minit , setiap jam akan saya pastikan saya terus menunggu dan menunggu. Saya takkan penat dan takkan pernah ada rasa lelah menunggu awak. Awak tahu kenapa? Sebab "Saya Cintakan Awak". Awak pernah ambik serious tak? Mungkin tidak. Mungkin iya.

Mungkin awak tak pernah mencintai saya seperti mana saya cintakan awak. Saya tahu itu. Saya berhak untuk menilai awak. Saya tahu itu sangat bodoh. Saya menilai awak sampai begitu rupa. Tapi , awak akan faham nanti kenapa saya menilai awak macam itu. Awak akan faham suatu hari nanti. Saya tahu awak akan rasa sesal , bebal , kecewa dan seterusnya terasa dengan semua ini. Tapi , saya takde teman untuk menumpang bicara. Saya takde tempat nak mengadu. Saya hanya ada twitter , blogger and facebook sahaja. Awak? Mana awak jika saya nak menceritakan segalanya? Awak hilang entah kemana. Saya akan salahkan diri saya jika awak rasa sakit hati dengan saya. Saya tahu , ia menyakitkan hati. Tapi awak berhak memahami segalanya.

Mungkin juga awak tak pernah jujur dengan saya. Saya tak pasti. tapi mungkin juga kan? Itu terpulang pada awak. Terpulang pada diri awak , awak boleh jaga diri. Awak dah besar. Awak boleh memahami perasaan orang lain. Awak tahu macam mana nak menjaga perasaan orang lain dah. Saya tahu awak tak pernah tersentak hati nak jaga hati saya. Semalam saya tanya saya ni kongkong awak ke? Awak cakap tak , tapi awak suka saya kongkong awak. Tapi apa yang awak buat? Awak lansung tak ambik effort dalam diri awak sendiri. Ubah diri awak. Lagi cakap suka dikongkong. Saya takkan awak. Takkan sama sekali saya kongkong awak. Saya akan jaga hati awak. Selama mana saya boleh jaga hati awak , selagi itu saya akan menjaga nya. Tapi , pernah awak nak jaga hati saya? ummm

Awak , mungkin ini yang terakhir. Kita tak tahu panjang pendek umur kita. Mungin juga ini kali terakhir awak dengar suara saya kat skype. Mungkin juga awak nampak saya kali terkahir online kat facebook or twitter. Mungkin juga ini kali terkahir saya text awak , kata sayang awak , rindu awak or cinta kan awak. Mungkin juga. Semua nya kemungkinan pada kita. Kemungkinan untuk kita terus hidup. Tapi saya bersyukur. Jika saya mati dulu sebelum awak. Saya akan bahagia di atas sana dengan kehidupan baru saya. Saya akan lebih bahagia memerhatikan awak kat atas sana. Walaupun sedih , tapi ia adalah hakikat nya. Saya taknak awak mati dulu , sebab saya taknak awak tahu yang saya akan menangisi pemergian awak. Biar lah awak saja.

Semua nya kemungkinan bagi kita , sayang. Saya tahu ia memeritkan. Tapi ini yang saya rasa. Saya nak awak tahu , yang saya akan mencintai awak. Menyayangi awak , walaupun saya daah mati nanti. Walaupun saya dah takde dah sebelah awak , usap kepala awak , cubit tangan awak , usap pipi awak , suap kan tutti frutti ke mulut awak , gelak dengan awak , memain dengan awak , gaduh dengan awak , tangkap gambar dengan awak. Tapi , ia nya akan menjadi kenangan bagi kita berdua. Awak nak ke jadi macam ini? Semestinya taknak kan? So , saya mohon satu je awak. Saya mohon jaga lah saya. Jaga lah perasaan & hati saya. Sebelum ia nya terjadi.

Cintailah saya sepenuh hati , awak.


*ini rekaan semata-mata tiada kena-mengena dengan yang dah meninggal dunia,Harap Maklum*

0 Comment(s)

Old things | New things