Follow Dashboard
TITLE; Si Gadis Kecewa ..
Rabu, 19 Disember 2012 | 3:01 PG | 0 comments
Malam yang sangat sepi dan sunyi  keadaannya timbul kembali. Melayangkan rasa kekecewaan apa yang berlaku. Sangat sadis nya hidup seorang gadis, yang kecil hati nya, yang mudah luluh hatinya, air matanya mudah gugur dimata nya, hidupnya diselubungi misteri dan kesedihan. Tidak pernah ada nya keseronokkan berlaku berpanjangan. Hidupnya sangat sadis. Dan ianya perlu diubati dengan kasih sayang sepenuhnya. Bagaimana kehidupannya tidak seperti 'kehidupan gadis-gadis' yang lain? Kenapa harus dia yang merasai perit nya kehidupan ini? Kenapa perlu dia? 


Sangat kecil hatinya apabila diperlakukan seperti itu. Dipersalahkan tanpa sebab. Ditinggalkan tanpa sempat menanyakan sebab dan timbul begitu persoalan dalam kepalanya yang sarat dengan masalah. Dukanya disorok dan dipendam selagi dia mampu. Menangis di tengah malam, menangisi perkara yang berserabut didalam sarafnya. Dia bangkit tapi akhirnya rebah. Menangis dan terus menangis. Dan tak sanggup lagi memikul tanggungjawab untuk menjadi pemikir. Dan akhirnya dia rebah, dan tidak mampu lagi menahan rasa sakit, kecewa, sedih, duka, dan tangisannya membisik kembali. 

Sedikit demi sedikit, dia cuba untuk bangkit. Berdiri diatas kakinya sendiri. Tanpa berhubung dengan sesiapa, dia cuba menenangkan hatinya yang berselubung rasa gelisah, risau, sedih dan gusar. Hampir setiap hari dia menghabiskan waktu yang terluang hanya dengan menghubungi abah. Dan abah adalah insan yang sangat dia kagumi dan sayang. Cinta , kasih dan sayangnya hanya untuk abah. Dan hanya abah menjadi 'kekasih hati' nya. Dia tidak perlukan sesiapa, hanya memerlukan saat bersama abah. Menghabiskan titik-titik masa kehidupannya bersama abah. Tetapi, apakan daya. Abah yang selama ini dia anggap orangnya kuat dan tegar. Tapi, kini tidak lagi. Hanya waktu itu dia nya hanya berserah pada Yang Maha Esa. Dia hanya mampu menangis apabila berpeluang menghubungi abah.

Kadang-kadang hatinya luntuh mendengar esakan adik-adiknya, yang sedih akan keadaan abah. Apatah lagi emak. Insan yang paling banyak berjasa padanya. Yang menyimpan segala rahsianya. Menyimpan segala cerita suka duka anaknya. Emak sangat istimewa bagi nya. Dan disinilah menjadi titik permulaan perubahan anak gadis ini ke arah yang lebih baik. Walaupun selalu dikutuk, diperlekehkan, serta dikeji, ianya harus dimulakan. Dan harus dilakukan sebelum terlambat. Sedihnya. Sadis nya liku-liku kehidupan anak gadis ini. Senang ditinggalkan. Senang diperlekehkan. Senang ditipu dan dibohongi. Senang dikecewakan.

Hari berganti hari, dia semakin lemah. Semakin buntu akan perjalanan hidupnya. Dia seakan mati ditengah jalan. Mendengar akan khabar berita bahawa abah yang semakin pulih, anak gadis ini meloncat gembira. Tetapi hatinya tetap runsing dan mudah menangis. Kenapa? Apa yang tersirat di sebalik selaput hati anak gadis ini? Kenapa  dia berduka cita? Dia menghitung harinya. Dia takut akan kekecewaan. Dia sakit akan rasa kekecewaan. Dan rasa sakit itu menusuk hingga ke jiwanya yang luluh. Tersentap jiwanya bila dimarah, dikutuk, dan menjadi dendam pada semua orang. Kenapa?

Ya Allah, mengapa perlu kehidupan anak gadis ini begitu sukar?

Dia bangkit semula untuk kali ke '..' dan sedia untuk berkhidmat menjadi insan yang bertauliah. Dia mulakan harinya dengan penuh kegembiraan. Walaupun dilubuk hatinya tersimpan beribu rahsia dan rasa kecewa, tapi dia tetap mencari kegembiraan itu seorang diri. Berjalan ke arah yang lebih baik menjadi idaman dan impiannya dari dulu. Menjadi wanita muslimah. Yang segera menutup auratnya dengan sempurna. Menjaga solat dan ibadahnya. Menjaga tuturkata dengan seorang jejaka. Menjadi wanita pilihan dimata laki-laki. Ianya perlukan usaha. Anak gadis ini cekal hatinya. Dan dia tahu hatinya boleh diubati hanya dengan menghadap Yang Maha Esa, dia pulih dengan segera.

Walaubagaimanapun, secekal hatinya, tidak mungkin keseronokkan serta kebahagiaan itu kekal selamanya. Dia menyorok dalam belukar. Lari dari semua orang. Dan memulakan kehidupan baru.

Duhai Hati,
Jangan lah engkau lemahkan hati anak gadis ini. Kuatkan lah hatinya. Jauhkan lah dia dari tangisan yang berbisik di tengah malam. Jauhkan lah dia dari merasai kekecewaan yang berterusan. Jauhkan lah dia dari lelaki yang memendami kehidupannya. Jauhkan lah dia dari segalanya yang boleh melalaikan dia. Dan kuatkan lah hatinya.........




0 Comment(s)

Old things | New things